Gagasan baru.....harapan baru
Untuk makluman, Pulau Pinang ada 40 kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang mana dibahagikan kepada 37 gabungan Pakatan Harapan (PH) sebelum adanya Pakatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) sebanyak 2 kerusi dan Pas 1 kerusi di DUN Penaga. Dari 37 kerusi DUN di bawah PH, 19 kerusi adalah dari Parti Gerakan Demokratik (DAP), 12 Parti Keadilan Rakyat (PKR), 2 dari parti Amanah dan baki sebanyak 4 dari Bersatu. Ini adalah sebelum PN ada di Pulau Pinang.
Dari sini bolehlah dilihat bahawa parti yang dominan adalah DAP. jadi ketua menterinya adalah dari parti DAP. Di sini boleh dilihat kerusi DUN N-7 hingga N-9 dan N-26 hingga N-34 disapu bersih oleh DAP. Jika dilihat kawasan kawasan ini adalah kebanyakan di bandar bandar utama seperti Bagan, Tanjong, Jelutong dan Bukit Gelugor yang mana pecahan pengundi bukan melayu melebihi dari melayu. Ini bukan kenyataan rasis tetapi adalah kebenarannya. Jadi apa yang perlu parti parti lain perlu buat untuk memecah dominan DAP di kawasan ini?
Perlu di ingat dalam Undang Undang Tubuh Negeri Pulau Pinang tidak menyatakan kaum lain selain melayu boleh menjadi ketua menteri. Dinyatakan parti yang memenangi pilihanraya boleh mencadangkan nama untuk menjadi ketua menteri Pulau Pinang. Memang sebelum ini ketua menteri Pulau Pinang adalah cina sejak dari zaman Parti Gerakan di bawah BN hinggalah PH mengambil alih pada tahun 2008.
Pentadbiran Negeri Pulau Pinang juga kompleks yang mana beza peratusan bilangan masyarakat melayu dengan kaum lain adalah kecil. Jadi jawatan timbalan ketua menteri dibahagikan kepada dua dengan nama Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) dan Timbalan Ketua Menteri 2 (TKM2) yang mana masing masing disandang dari kaum melayu dan juga india, serta dibantu oleh exco seramai 8 orang dengan pelbagai portfolio tugasan.
Adakah ketua menteri Pulau Pinang boleh seorang melayu islam? Boleh kalau ikut undang undang tubuh negeri. Dengan isu yang ada sekarang ini seperti Penang Technologi Park (PTP) di Bertam, isu tuntutan bayaran air mentah dari Kerajaan Kedah dan pelbagai isu lain terutama melibatkan Penang 2030. Adakah kerajaan sekarang perlu dipinda atau ditukar kerana semua isu ini melibatkan rakyat dan seoleh oleh pemerintah menyebelahi pelabur dan juga pemaju. Boleh pembangunan tapi perlu seiring dengan kemahuan dan kepentingan rakyat bukan semata mata temolok sendiri.
Gagasan baru yang datang nanti boleh bawakan isu yang dekat dengan rakyat agar rakyat dapat memilih mereka bukan isu yang semata tama untuk orang perseorangan atau golongan golongan tertentu. Nak bina negara dan bina gagasan baru bukan hanya kata kata tapi kerjasama antara rakyat dan pemimpin yang mengambil masa yang lama. Sejarah mengajar kita, untuk maju seperti China sekarang mengambil masa sehingga 20-30 tahun. Untuk Malaysia merdeka pun kita mengambil masa sehingga puluhan tahun dan banyak darah yang tumpah membasahi bumi. Adakah kita perlu bertindak sehingga tahap begitu unutk mencapai kemajuan? Tidak perlu dan bukan masanya dan masanya tidak akan tiba.
Tetapkan menifesto untuk negeri yang realistik dan berpijak di bumi nyata, bukan angan angan dan pendapat dan fikiran sendiri semata mata untuk tarik pengundi. Kita semua sudah merasai seksanya bila janji janji di menifesto pada pilihanraya-14 dibakul sampahkan dan dikatakan buka kitab suci. Alasan tidak tahu dan yang berkaitan adalah perlu diketepikan. Kesian terutama kakitangan kerajaan yang sebelum ini dijanjikan kenaikan satu anak tangga. Sampai sekarang tiada kenaikan itu pun tahun depan hanya tambahan khas sebanyak RM100.00 untuk kenaikan tahunan, selepas itu tahun 2024 jadi seprti biasa balik. Yang kata Malaysia hendak bankrup, sampai sekarang impian mereka ini tak tercapai. Ini semua disebabkan keterujaan untuk inzal segera, itulah kita. Akhirnya sapa yang rugi kita rakyat yang rugi menjadi abu yang terbang ditiup angin. Mereka di atas masih sama seperti biasa.
Akhir kalam bolehlah untuk kita perjuangkan ketua menteri selain dari kaum cina dan pasti yang pertama di Pulau Pinang walaupun keadaan semasa nampak seperti tidak mungkin. Perjuangkan sekolah agama rendah dan menengah di bawah kawalan kerajaan negeri, seperti Sekolah Menengah Agama Raja Perempuan Ta'yah dan juga Sekolah Menngah Agama Sultan Azlan Shah Bota di Perak. Pulau Pinang masih tiada sekolah agama kawalan negeri yang hanya ada sekolah agama pesendirian dan negeri negeri berjiran dengan kita sudah ada. Al Mahsyur dan Irshad adalah sekolah agama kawalan kerajaan persekutuan bukan negeri. Cari sumber sumber baru selain perindustrian untuk membantu hasil kerajaan negeri terutama pelancongan. Lihat Hat Yai dan juga Puket Thailand, sumber utama mereka adalah pelancongan dan bagaimana mereka membina pusat mereka menjadi tumpuan pelancong. Mencuba tidak salah tapi jangan menggadaikan masa depan anak anak kita dengan pilihan yang tidak berfikir secara rasional.
#komeng..gagasan anak muda pilihan kita


Comments
Post a Comment