Raya dah
Dengan rasminya parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022 jam 3.25 petang. Dengan ini semua kerusi parlimen seluruh negara hilang....hanya tunggu kerusi dewan undangan negeri (DUN) sahaja yang masih memerlukan kata kata keramat dari ketua negeri masing masing. Secara amnya Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu tidak akan bubar DUN mereka. Bagi Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Kedah tidak perlu hanya Parlimen sahaja. Negeri lain akan turut bubarkan DUN mereka (Perlis, Perak dan Pahang).
Selepas ini kita tunggu pula menifesto parti parti yang akan bertanding. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga baru bersidang hari ini isnin 11 Oktober 2022 untuk tetapkan hari penamaan calon, tempoh berkempen dan juga hari mengundi. Biarkan mereka bincang elok elok bagi dapat kata sepakat dan penetapan tarikh yang baik.Kepada penyokong atau totok totok parti, tak perlulah keluarkan cerita yang hanya mengandaikan. Contohnya perdana menteri (PM) bubar parti masa tengah musim tengkujuh dah hampir tiba, masa rakyat tengah susah bagai, negara nak bankrup bagai, duit tak adalah dan macam macam lagi. Tolonglah berpijak di bumi yang nyata bukan omong-omong sembang kedai kopi che mah minum secawan kopi sembang berjam-jam.
Rakyat susah ke? minggu lepas cuti sampai isnin jalan penuh, shopping mall penuh, orang belanja tak ingat dunia. Itu belum pergi ambil kira yang melancong ke Hatyai. Tolonglah jangan kata Malaysia nak bankrup.
Kepada yang nak ada program sepanjang 1 bulan ni, teruskan. Jangan risau. Nak kenduri ke nak bercuti ke atau nak pi jalan jalan ke, teruskan dengan program anda. Tak yah nak tangguh. Sekian.
#komeng nak tengok menisfesto dulu baru pilih...hehehehe
Comments
Post a Comment