Pilihan Baru Untuk Kita..? Di Bertam..? Parlimen Kepala Batas..?
Pilihanraya semakin dekat dan kita disajikan dengan pelbagai cerita baru, tomahan baru dan juga pemberian baru. Ada ke pemberian baru yang ditawarkan? komeng tak tau pun. Yang tahu mungkin ada gagasan baru yang akan di bawa masuk ke setiap parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) di negeri kita ini.
Dengan janji baru gagasan baru mungkin kita boleh ada satu pilihan yang baru selain dari pilihan yang sedia ada. Mungkin juga dengan tokoh yang baru dengan gerakan anak muda yang rasanya sudah tiba masanya untuk kita berikan peluang sebagai pentadbir dan pemegang taruh untuk kerajaan yang dibentuk.
Nak kata hapus sepenuhnya rasuah, itu adalah angan angan dan mimpi yang tidak akan inzal di siang hari. Sekurang kurangnya kita dapat kurangkan dan hilangkan ketirisan. Ya ketirisan itu amat penting untuk kita kurangkan. Selama ini setiap projek kontraktor yang ingin mengambil bahagian dalam perolehan kerajaan sering tanya berapa bajet kerajaan. kenapa perlu ditanya? kira la sendiri dan beri harga yang anda tawarkan. Dah nama pun perolehan dengan tawaran harga dari anda. Jadi ini adalah salah satu ketirisan yang perlu kita kurangkan. Rasuah akan kurang jika ketirisan dan peluang untuk tawaran berlaku ini di tutup dan dikurangkan.
Mungkin dengan gagasan baru ini kita juga dapat kurangkan masalah salahguna kuasa yang ada di negara kita. Tuduhan dibawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 boleh dikurangkan sikit untuk di bawa ke mahkamah kerana tuduhan di bawah akta ini amat susah untuk dibuktikan tanpa bukti dan saksi yang benar benar telus dan bagus.
Akhir sekali selamat datang kepada gagasan baru, juga selamat beroleh mandat dari presiden masing masing untuk bertanding. Pastikan anda semua yang bakal tercalon walaupun bunga bunga pilihanraya masih belum ada tapi kita sudah boleh agak sapa yang akan bertanding dan nama sapa yang akan disenaraikan di beri surat oleh parti masing masing.
Comments
Post a Comment