Penang Free Wifi...mana pi dah?

Pada tahun 2008 setelah pertama kalinya gabungan Barisan Nasional kalah dalam pilihanraya umum pada tahun itu iaitu pilihanraya kali ke 12. Mulalah pemerintahan baru di Pulau Pinang dengan diketuai oleh DAP yang mendapat 19 kerusi dewan undangan negeri (DUN) dengan PKR sebanyak 9 kerusi dan PAS dengan 1 kerusi di tempat pasti menang mereka di DUN Permatang Pasir. Dengan gabungan campuran Pulau Pinang diperintah oleh DAP buat pertama kali sejak dari tahun 1995 yang mana DAP pada masa itu hanya memenangi 1 kerusi sahaja. Untuk makluman pada ketika itu hanya ada 40 kerusi DUN di negeri Pulau Pinang dan mulai 2014 mula ditambah atas kajian dan pecahan kawasan baru oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menjadikan sekarang sebnyak 44 kerusi DUN di Pulau Pinang.




Yang ingin diketengahkan oleh komeng bukan kerusi dan sapa menang pilihanyara akan datang tapi tentang free wifi yang diperkenalkan oleh DAP pada tahun 2008. DAP mencanang bahawa mereka adalah pemerintah pertama yang memberi kemudahan wifi percuma ini kepada seluruh penduduk Pulau Pinang dan kemudahan ini bermula di bandar utama Pulau Pinang dan seterusnya diperluaskan kepada seluruh negeri Pulau Pinang.

Program dan pelaksanakan Penang Free Wifi ini disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Lim Guan Eng pada tahun 2009 dan dioperasikan oleh Syarikat Red Tone. Mulalah sesi naik taraf sistem sedia ada dan juga sistem baru serta penerima isyarat diseluruh Pulau Pinang. Wifi percuma ini pada mulanya sangat teruk untuk digunakan disebabkan sistemnya masih belum sempurna, Komeng pada tahun 2009-2010 berada di Bandar Sunway Seberang Jaya pun susah nak guna wifi free ini.



Jadi pada tahun 2019 dibawah Exco Pembangunan Modal Insan, Pendidikan, Sains dan Teknologi di bawah kawalan Timbalan Ketua Menteri 2 Negeri Pulau Pinang melalui pengerusinya iaitu Tuan Zairil Khir Johari menyatakan sistem ini akan dinaiktarafnya pada tahun 2019 atas sebab servis yang lemah dan kelajuan jalur lebar yang tidak mampu untuk menampung trafik yang tinggi dari penduduk Pulau Pinang. Setelah beberapa sesi perbincangan dangan syarikat yang berminat dan dikhabarkan banyak syarikat pembekal jalur lebar utama negara berminat dengan projek ini. Jadi pada 13 Februari 2019, kerajaan negeri Pulau Pinang mula meminta Kertas Cadangan Penang Free Wifi (Request for Proposal). Tetapi...

Negara dilanda pendemik covid-19 yang menyebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP-01 2019) dikenakan diseluruh Malaysia dan Pulau Pinang pada ketika itu merupakan negeri yang mencatat 5 negeri yang tertinggi penduduknya kena serangan covid-19 ini. Jadi segala program naik taraf untuk projek Penang Free Wifi ini tergendala sebentar. Setelah hampir 6 bulan berkurung dirumah pergerakan mula dilonggar pada bulan Julai dan pelbagai inisatif baru untuk memastikan kelangsungan sistem dan pendidikan negara berjalan dengan baik, maka sistem PdPR (pengajaran dan pembelajaran dari rumah) mula diperkenalkan oleh Senator Menteri Kanan Pendidikan Malaysia.

Mulalah kita tengok ibu bapa memesan telefon pintar yang boleh melayani jalur lebar untuk memudahkan anak anak memulakan PdPR dirumah. Pada masa ini penggunaan jalur lebar dan kemudahan internet sangat sangat penting dan pada masa ini juga perniagaan online dapat menbuat sedikit keuntungan lebih dari biasa. Yang menjadi masalah kenapa pada ketika ini Penang Free Wifi tidak berfungsi sepenuhnya dan amat rugilah bagi penduduk penduduk Pulau Pinang yang tinggal dipinggir pinggir bandar dan juga pendalam seperti di Balik Pulau, Sungai Acheh, Nibung Tebal dan Jawi serta kawasan pinggiran Kepala Batas kerana tidak boleh untuk melayari sistem dan malaksanakan PdPR yang menyebakan anak anak kita ketinggalan dan terus menjadikan anak anak ini anak anak yang dalam bahasa kampung dipanggil anak anak lembik dan tidak mampu untuk hidup dan berfikir sendiri.

Kelemahan sistem wifi percuma yang mulanya diwar-warkan sebagai pertama dan merupakan kejayaan yang sering diperkatakan menjadi gajah putih di negeri Pulau Pinang. Walaupun ada perbincangan di antara pihak kerajaan negeri melalui Pejabat Kerajaan Tempatan Negeri Pulau Pinang (KT Neg) dengan pembekal pembekal jalur lebar ini, sistem ini masih belum pulih sepenuhnya. Dari tahun 2020 selepas PKP-02 pada Oktober 2020 sehingga yang terakhir mulai Mac 2021 hingga Ogos 2021, sistem ini masih belum pulih sepenuhnya. 

Kepada kerajaan negeri, pulihkan balik sistem wifi percuma ini untuk memudahan penduduk Pulau Pinang terutama bagi golongan B40, walaupun PdPR telah tiada dan sekarang ini F2F (Face to Face), perbelajaran berhadapan, tetapi wifi dan juga jalur lebar ini merupakan keperluan kepada penduduk, pelajar dan juga anak anak kita mencari maklumat untuk pembelajaran mereka dan juga untuk maklumat maklumat lain. Maklumatkan di hujung jadi sekarang.

Rugi kerana kita dah ada infastuktur untuk sistem ini tetapi tiada capaian yang boleh dicapai kerana sistem tidak mampu untuk menampung kebanjiran penggunaan terutama dari golongan B40. Hendak guna pembekal jalur lebar sedia ada mungkin tidak mampu dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, tiada kawalan terhadap kenaikan harga barang dan juga nilai wang yang semakin kecil. Jangan retorik sahaja dan tiada tindakan.

#komeng...diam dan tengok

ps: baru baru ini ada perasmian penang 5G. Untuk free punya ke atau kena bayar

Comments

Popular posts from this blog

Raya dah

Tarikh hari raya dah keluar

Kesihatan perlu dijaga