Posts

Tarikh hari raya dah keluar

Image
Selesai sudah meeting Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dan tarikh raya dah ditentukan seperti dibawah. Lama kali ini berkempen selama 14 hari dan kepada pengundi pengundi muda inilah kali pertama hangpa akan mengundi. Pilihlah sebaik mungkin jangan ikut hati lihat masa depan anda. Masa depan anda hangpa yang tentukan. #komeng tunggu menifesto ni

Kelam Kabut Pilihanraya

Image
Secara rasminya selain dari semua kerusi parlimen dibubarkan, hari ni rasminya 3 negeri telah bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Perak baru sebentar tadi, Perlis dan juga Pahang. Bagi negeri lain rasanya akan tahun hadapan DUNnya dibubarkan walaupun ada negeri yang hendak bubar awal tetapi hasil perbincangan dan keputusan maufakat parti di tangguh pembubarannya. Apa pun hari pembubaran DUN, pastinya ada pro dan kontranya. yang pasti bukan sebab banjir musim tengkujuh atau pun sebarang kekecewaan dari istana. Kepada parti politik dan orang orangnya lagi sekali dinasihatkan oleh komeng janganlah libatkan istana. Bermain dalam media sosial Yang Di Pertuan Agong (YDPA) katanya kecewa. Apa yang dikecewakannya? kita pun tak tahu. Sultan Perak dikatakan sindir menteri besar Perak. Apa yang disindirkannya oleh Baginda? yang bermain di media sosial adalah ucapan Tuanku sebelum ini, bukan baru baru ini. Apa keputusan atau nasihat dari perdana menteri (PM) atau menteri besar kepada sultan...

Petronas Le Tour De Langkawi

Image
Pemakluman untuk orang Penang. Jalan jalan akan ditutup secara berperingkat dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi, Dari pulau melalui jambatan dan menerusi laluan jalan lama Kepala Batas hingga ke Bumbung Lima serta Jambatan Merdeka Sila rancang perjalan anda sebab kita juga ada program di Kubang Menerong  https://suarakomeng.blogspot.com/2022/10/program-malaysia-sihat.html . Jadi hari ahad ni memang kita boleh rancang untuk hari bersama keluarga. #komeng lama tak dengaq Tour De Langkawi ni....geng beskal boleh la pi usha usha beskal

Program Malaysia Sihat

Image
Pada 16 Oktober 2022, ahad ini. Jom beramai ramai kita penuhi Pusat Konvensyen Perda di Kubang Menerong untuk Program Jelajah Malaysia Sihat peringkat Seberang Perai Utara dari jam 7.00 pagi hingga 5 petang. Macam macam ada, pemeriksaan percuma, periksa gigi percuma, gerai FAMA juga ada dan juga gerai agensi kerajaan. Pelbagai pertandingan, fun walk dan juga e-sport juga ada. Tiket jualan konsert 'Wings' juga ada dijual oleh geng 'Sayap Sayap Wings'. ada juga ada artis yang akan hadir. Jom ramia ramai kita pi sana walaupun hari raya dah dekat sangat. Pilihanraya pilihanraya juga, kesihatan kena jaga juga dan masa bersama keluarga juga perlu. #komeng tunggu nak derma darah...lama tak derma darah ni

Raya dah

Image
Dengan rasminya parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022 jam 3.25 petang. Dengan ini semua kerusi parlimen seluruh negara hilang....hanya tunggu kerusi dewan undangan negeri (DUN) sahaja yang masih memerlukan kata kata keramat dari ketua negeri masing masing. Secara amnya Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu tidak akan bubar DUN mereka. Bagi Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Kedah tidak perlu hanya Parlimen sahaja. Negeri lain akan turut bubarkan DUN mereka (Perlis, Perak dan Pahang). Selepas ini kita tunggu pula menifesto parti parti yang akan bertanding. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga baru bersidang hari ini isnin 11 Oktober 2022 untuk tetapkan hari penamaan calon, tempoh berkempen dan juga hari mengundi. Biarkan mereka bincang elok elok bagi dapat kata sepakat dan penetapan tarikh yang baik.  Kepada penyokong atau totok totok parti, tak perlulah keluarkan cerita yang hanya mengandaikan. Contohnya perdana menteri (PM) bubar parti masa tengah musim ...

Kesihatan perlu dijaga

Image
Lawan tetap lawan tetapi kesihatan perlu dijaga. Jom kita ramai ramai ke Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju (IPPT) untuk bersama sama dalam majlis Perasmian Pusat Perubatan USM Bertam pada hari ini mulai jam 2 petang hingga petang nanti. Pelbagai acara terutama pemeriksaan kesihatan dan juga program bagi kanak kanak disediakan. Jadi bersama samalah kita ke Pusat Perubatan USM yang terletak dipersimpangan jalan masuk ke UITM Cawangan Bertam dan sebelah ILP Bertam. Dalam kita bersama sama berlawan unutk tempat kita, kesihatan janganlah kita lupa. Sakit nanti sapa nak lawan untuk kita. Anak anak masih kecil. Jenuh mereka. #komeng...lawan tetap lawan..kesihatan kena jaga juga

Gagasan baru.....harapan baru

Image
Untuk makluman, Pulau Pinang ada 40 kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang mana dibahagikan kepada 37 gabungan Pakatan Harapan (PH) sebelum adanya Pakatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) sebanyak 2 kerusi dan Pas 1 kerusi di DUN Penaga. Dari 37 kerusi DUN di bawah PH, 19 kerusi adalah dari Parti Gerakan Demokratik (DAP), 12 Parti Keadilan Rakyat (PKR), 2 dari parti Amanah dan baki sebanyak 4 dari Bersatu. Ini adalah sebelum PN ada di Pulau Pinang. Dari sini bolehlah dilihat bahawa parti yang dominan adalah DAP. jadi ketua menterinya adalah dari parti DAP. Di sini boleh dilihat kerusi DUN N-7 hingga N-9 dan N-26 hingga N-34 disapu bersih oleh DAP. Jika dilihat kawasan kawasan ini adalah kebanyakan di bandar bandar utama seperti Bagan, Tanjong, Jelutong dan Bukit Gelugor yang mana pecahan pengundi bukan melayu melebihi dari melayu. Ini bukan kenyataan rasis tetapi adalah kebenarannya. Jadi apa yang perlu parti parti lain perlu buat untuk memecah dominan DAP di kawasan ini? Perlu di...