Kelam Kabut Pilihanraya
Secara rasminya selain dari semua kerusi parlimen dibubarkan, hari ni rasminya 3 negeri telah bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Perak baru sebentar tadi, Perlis dan juga Pahang. Bagi negeri lain rasanya akan tahun hadapan DUNnya dibubarkan walaupun ada negeri yang hendak bubar awal tetapi hasil perbincangan dan keputusan maufakat parti di tangguh pembubarannya.
Apa pun hari pembubaran DUN, pastinya ada pro dan kontranya. yang pasti bukan sebab banjir musim tengkujuh atau pun sebarang kekecewaan dari istana. Kepada parti politik dan orang orangnya lagi sekali dinasihatkan oleh komeng janganlah libatkan istana. Bermain dalam media sosial Yang Di Pertuan Agong (YDPA) katanya kecewa. Apa yang dikecewakannya? kita pun tak tahu. Sultan Perak dikatakan sindir menteri besar Perak. Apa yang disindirkannya oleh Baginda? yang bermain di media sosial adalah ucapan Tuanku sebelum ini, bukan baru baru ini. Apa keputusan atau nasihat dari perdana menteri (PM) atau menteri besar kepada sultan dan raja masing masing kita tak tau. Jadi jangan buat keputusan atau andaian sendiri.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bersidang pada 20 Oktober ini. Jadi tunggulah tarikh tarikh yang akan diumumkan. Pastinya akan ada pilihanraya dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran oleh PM baru baru ini. Pastinya SPR kali ini terpaksa kerja teruk sikit bila ada DUN yang tidak dibubarkan. Lagi banyak duit yang akan keluar.
Satu lagi kita tunggu la menifesto yang akan bakal dikeluarkan oleh parti parti yang bertanding, walaupun pertandingan kali ini rasanya sedikit hambar sebab DUN bertanding lain tahun bagi sesetengah negeri. Kerana apa pertandingan DUN yang sangat sangat ini dilihat oleh semua orang terutama pilihan untuk pengundi atas pagar dan pengundi pertama kali. Bagi kerusi parlimen rasanya kita boleh agak sesetengah kerusi yang mana kita dah tau pemenangnya. Yang beza banyak atau kurang majoritinya.
Pilihan di tangga hangpa semua. Pilihlah yang terbaik dan ada pengalaman serta berjiwa rakyat walaupun bukan 100%. Bukan senang nak penuhi keinginan masing masing. Jadilah pemilih yang baik dan rasional. Bukan jenis "tak pe kita ubah tak ok kita ubah balik".
# komeng tunggu menifesto saja. Nak tengak apa benda yang dijanjikan.

Comments
Post a Comment