Isnin Monday Blues
Salam hari isnin. semua sedang menghadapi monday blues. Waaa...balik bercuti makan makan minum minum bersama family, hari ini semua jadi malas.
Hari raya Malaysia akan tiba bila-bila masa. Masa ini semua ahli politik sedang mencari dana untuk berkempen. Kenapa perlu ada semua semua ini? Kenapa perlu ada mengepau (bahasa kasar)? Mengepau dalam diam kiranya tiada masalah buat masa sekarang. Tetapi mengepau bila orang kawasan atau sekeliling tahu amat bahaya.
Inilah ketirisan yang perlu kita tolak. Tolak pemimpin yang banyak tirisnya. Kalau tidak ditolak akan bertambah tirisnya bila dia menjadi wakil kepada kita. Sejarah mengajar kita. Apa yang berlaku sekarang ini adalah hasil dari peninggalan apa yang telah kita lakukan. Sejarah ini walaupun masih baru tetapi ia akan sentiasa diingati dan merupakan salah satu peristiwa yang berlaku dan perlu diambil tahu oleh generasi akan datang supaya menjadi pengajaran kepada kita. Masa inilah orang muda atau New Age Group perlu tampil bagi menjadi warisan terbaru kepada barisan kepimpinan negara. Perjuangkan apa yang rakyat mahu. Bukan hanya retorik sahaja.
Ketirisan berlaku di mana-mana. Penang Technologi Park (PTP) mungkin juga berlaku ketirisan dan juga pau mengepau. Masakan tidak, Mazlan Botoi yang dari mana entah hadirnya datang ke kawasan Bertam menyatakan beliau adalah wakil dari penduduk Bertam. Begitu juga Ammir Belia 4B, juga menyatakan wakil belia dari Bertam. Mereka ini semua dibayar. dibayar oleh siapa? mesti ada orang dibelakangnya. Komeng tidak mahu menuduh siapa sebab tiada bukti, tetapi persepsinya pasti ada orang yang mengupah mereka. Sapa mereka entah la. Jangan pemimpin kita yang buat peragai sudah. Kalau mereka ini pasti kecewa kami di Bertam ini. Mungkin kami ini akan mogok tidak mahu keluar mengundi atau pilih parti lain. Dengar cerita nun jauh sana diseberang laut partinya sedang mencari
tapak di kawsasan Kepala Batas dan juga Bertam.
tapak di kawsasan Kepala Batas dan juga Bertam.
Walaubagaimana pun janganlah kita semua terutama pemimpin pemimpin masyarakat atau ahli politik cuba untuk mengamalkan benda benda onar ini. Tercemar nama baik anda dan pasti anda akan diingati sampai mati. Akhir kalam tak payahlah kita pau mengepau. bukan benda yang elok dan buruk perangainya. Sekian
#komeng tengok sajalah perangai perangai yang ada.
9

Comments
Post a Comment