Penang Technologi Park...mata hari ahad
Untuk makluman semua Penang Technologi Park (PTP) akan dibina di Bandar Bertam Kepala Batas Pulau Pinang. Semua sedia maklum akan projek ini yang akan dilaksanakan oleh pemaju Duta Lestari Sdn Bhd, anak syarikat Ideal Property Group. Tanah seluas 838 ekar ini yang jirannya dengan Taman Mekar Sari, Bandar Putra Bertam terutama Seksyen 5, Casamoderna dan juga Putra Villas. Juga disebelah kirinya Eco Resident dan Pinggiran Bertam Perdana.
Sejarah tanah ini asalnya adalah tapak industri yang dijual kepada Naza Group of Company yang dicadangkan untuk dibina kilang kenderaaan. Ini adalah pada tahun 2001 dan perasmian pecah tanah juga telah dijalankan pada tahun 2003. Projek kilang kenderaan ini akan membawa satu dimensi baru dan peluang baru kepada vendor dan penduduk Bertam amnya. Walaubagaimana pun projek ini gagal diteruskan disebabkan tiada kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar(JAS) dan Enviroment Impact Assessment (EIA) tidak diluluskan.
Jadi tanah ini telah dijual kepada Ideal Property Group dan diuruskan oleh anak syarikat meraka iaitu Duta Lestari Sdn Bhd. Pada cadangan pertama oleh mereka ini akan ada tapak kilang dan juga kuaters untuk pekerja (CLQ) yang akan menempatkan hampir 27 ribu pekerja. Ini menimbulkan kerisauan kepada seluruh penduduk Bertam dan juga Bertam Putra.
Satu bantahan aman telah diadakan pada 29 Mei 2022 di kawasan berdekatan dengan tapak. dan bantahan kedua pada 19 Jun 2022 di hadapan Surau Al Muttaqim Bandar Putra Bertam. Dengan gabungan pengerusi pengerusi dan juga NGO Bantahan Kilang Di Bertam, bersama sama membantah CLQ ini. Akhirnya kerajaan negeri bersetuju akan CLQ ini dibatalkan dan pengumuman rasmi di buat oleh Timbalan Ketua Menteri 1 selepas satu mesyuarat exco kerajaan negeri selesai.
Tiba pusingan kedua dimana penduduk dan gabungan membantah pula kilang disebabkan tiada pengesahan jenis kilang yang akan didirikan oleh Ideal Property Group. Bantahan diteruskan dan kumpulan gabungan perlu juga menghadapi kumpulan baru yang mengakui mereka ini adalah mewakili penduduk Bertam walaupun mereka ini entah dari mana. Dengan sokongan dari warlord di Kepala Batas ini mereka mula berani masuk ke kawasan Bertam dan mengaku mereka ini adalah wakil dari penduduk Bertam. Lagi sekali Gabungan Pengerusi dan NGO Bantahan bersama sama menghalau mereka ini keluar dari Bertam dan Kepala Batas.
Jadi untuk menjernihkan keadaan pihak Ideal Property Group telah mencari dan akhirnya telah berjumpa dengan pengerusi pengerusi Gabungan Bandar Putra Bertam dan juga Gabungan Bantahan. Pertemuan ini berlansung pada 14 Sptember 2022 di Bertam Business Centre. Dan dalam perjumpaan ini pihak pemaju telah memberi penerangan sepenuhnya kepada pengerusi pengerusi dan mereka juga bersedia untuk mengikut cara yang dikehendaki oleh pihak penduduk Bertam. Secara amnya mereka hanya menjual lot dan dan akan membina bangunan komersial, laluan trak jogging dan taman permainan di sekeliling tapak terutama yang mengadap Mekar Sari, Bertam Putra dan juga Eco Resident. Juga sebagai tanggungjawam sosial syarikat, syarikat akan menyediakan astaka makan baru, surau dan juga depoh bas rapid sebagaimana yang diminta oleh pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
Pandangan komeng cerita kegemilangan dan bantahan CLQ dan kilang ini sudah hampir sampai ke penghujung. Kita semua sedia maklum, PTP ini adalah kehendak dari kerajaan negeri dan juga salah satu impian ahli parlimen di sini. Wahyu pertama telah turun dengan cara mencepatkan permohonan syarikat (fast track) dan wahyu itu telah diarah disambut oleh Ideal Property Group. Ideal Property Group menyatakan mereka tidak pernah menjadi pemaju bagi projek kilang dan ini merupakan kali pertama.
Komeng takut wahyu kedua turun dengan arahan untuk luluskan laporan EIA yang dikeluarkan oleh JAS. Ketakutan ini akan menyebabkan penduduk Bertam kalah sepenuhnya dan kita tidak boleh merancang tapak itu dengan acuan kita sendiri. Ya pemaju masih tak boleh memberi nama pengilang yang akan membeli tapak kerana Kebenaran Merancang (KM) masih tiada tapi menurut mereka antara perbincangan yang dibuat adalah antara dengan Tasla (sebahagian alat ganti), Iphone(bateri) ndan juga kilang waffer cip, dan kalau melihat kepada perkembangan ini memang kilang kilang yang berteknologi yang akan dibina di sini.
Secara amnya. kita tak mampu halang tanah mereka, mereka beli. Kita berjaya sekurang kurangnya mempertahankan tanah kita rumah kita dan anak anak kita yang bakal akan membesar di Bertam ini. Dan sekurang kurangnya kita masih mampu untuk memastikan kita masih boleh mencorakkan jenis kilang dan cara pengurusan tapak kilang jika benar sebagaimana yang dinyatakan oleh Ideal Property Group. Biar jadi kayu api yang masih membara dan masih boleh membakar mereka dari jadi bara api yang terbang ditiup angin
#komeng...wahyu turun kita kalah sepenuhnya


Comments
Post a Comment