Penang Technologi Park...mata hari ahad
Untuk makluman semua Penang Technologi Park (PTP) akan dibina di Bandar Bertam Kepala Batas Pulau Pinang. Semua sedia maklum akan projek ini yang akan dilaksanakan oleh pemaju Duta Lestari Sdn Bhd, anak syarikat Ideal Property Group. Tanah seluas 838 ekar ini yang jirannya dengan Taman Mekar Sari, Bandar Putra Bertam terutama Seksyen 5, Casamoderna dan juga Putra Villas. Juga disebelah kirinya Eco Resident dan Pinggiran Bertam Perdana. Sejarah tanah ini asalnya adalah tapak industri yang dijual kepada Naza Group of Company yang dicadangkan untuk dibina kilang kenderaaan. Ini adalah pada tahun 2001 dan perasmian pecah tanah juga telah dijalankan pada tahun 2003. Projek kilang kenderaan ini akan membawa satu dimensi baru dan peluang baru kepada vendor dan penduduk Bertam amnya. Walaubagaimana pun projek ini gagal diteruskan disebabkan tiada kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar(JAS) dan Enviroment Impact Assessment (EIA) tidak diluluskan. Jadi tanah ini telah dijual kepada Ideal Property...