Posts

Showing posts from September, 2022

Kesihatan perlu dijaga

Image
Lawan tetap lawan tetapi kesihatan perlu dijaga. Jom kita ramai ramai ke Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju (IPPT) untuk bersama sama dalam majlis Perasmian Pusat Perubatan USM Bertam pada hari ini mulai jam 2 petang hingga petang nanti. Pelbagai acara terutama pemeriksaan kesihatan dan juga program bagi kanak kanak disediakan. Jadi bersama samalah kita ke Pusat Perubatan USM yang terletak dipersimpangan jalan masuk ke UITM Cawangan Bertam dan sebelah ILP Bertam. Dalam kita bersama sama berlawan unutk tempat kita, kesihatan janganlah kita lupa. Sakit nanti sapa nak lawan untuk kita. Anak anak masih kecil. Jenuh mereka. #komeng...lawan tetap lawan..kesihatan kena jaga juga

Gagasan baru.....harapan baru

Image
Untuk makluman, Pulau Pinang ada 40 kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang mana dibahagikan kepada 37 gabungan Pakatan Harapan (PH) sebelum adanya Pakatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) sebanyak 2 kerusi dan Pas 1 kerusi di DUN Penaga. Dari 37 kerusi DUN di bawah PH, 19 kerusi adalah dari Parti Gerakan Demokratik (DAP), 12 Parti Keadilan Rakyat (PKR), 2 dari parti Amanah dan baki sebanyak 4 dari Bersatu. Ini adalah sebelum PN ada di Pulau Pinang. Dari sini bolehlah dilihat bahawa parti yang dominan adalah DAP. jadi ketua menterinya adalah dari parti DAP. Di sini boleh dilihat kerusi DUN N-7 hingga N-9 dan N-26 hingga N-34 disapu bersih oleh DAP. Jika dilihat kawasan kawasan ini adalah kebanyakan di bandar bandar utama seperti Bagan, Tanjong, Jelutong dan Bukit Gelugor yang mana pecahan pengundi bukan melayu melebihi dari melayu. Ini bukan kenyataan rasis tetapi adalah kebenarannya. Jadi apa yang perlu parti parti lain perlu buat untuk memecah dominan DAP di kawasan ini? Perlu di...

Penang Technologi Park...mata hari ahad

Image
Untuk makluman semua Penang Technologi Park (PTP) akan dibina di Bandar Bertam Kepala Batas Pulau Pinang. Semua sedia maklum akan projek ini yang akan dilaksanakan oleh pemaju Duta Lestari Sdn Bhd, anak syarikat Ideal Property Group. Tanah seluas 838 ekar ini yang jirannya dengan Taman Mekar Sari, Bandar Putra Bertam terutama Seksyen 5, Casamoderna dan juga Putra Villas. Juga disebelah kirinya Eco Resident dan Pinggiran Bertam Perdana. Sejarah tanah ini asalnya adalah tapak industri yang dijual kepada Naza Group of Company yang dicadangkan untuk dibina kilang kenderaaan. Ini adalah pada tahun 2001 dan perasmian pecah tanah juga telah dijalankan pada tahun 2003. Projek kilang kenderaan ini akan membawa satu dimensi baru dan peluang baru kepada vendor dan penduduk Bertam amnya. Walaubagaimana pun projek ini gagal diteruskan disebabkan tiada kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar(JAS) dan Enviroment Impact Assessment (EIA) tidak diluluskan. Jadi tanah ini telah dijual kepada Ideal Property...

Pilihan Baru Untuk Kita..? Di Bertam..? Parlimen Kepala Batas..?

Image
Pilihanraya semakin dekat dan kita disajikan dengan pelbagai cerita baru, tomahan baru dan juga pemberian baru. Ada ke pemberian baru yang ditawarkan? komeng tak tau pun. Yang tahu mungkin ada gagasan baru yang akan di bawa masuk ke setiap parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) di negeri kita ini. Dengan janji baru gagasan baru mungkin kita boleh ada satu pilihan yang baru selain dari pilihan yang sedia ada. Mungkin juga dengan tokoh yang baru dengan gerakan anak muda yang rasanya sudah tiba masanya untuk kita berikan peluang sebagai pentadbir dan pemegang taruh untuk kerajaan yang dibentuk. Nak kata hapus sepenuhnya rasuah, itu adalah angan angan dan mimpi yang tidak akan inzal di siang hari. Sekurang kurangnya kita dapat kurangkan dan hilangkan ketirisan. Ya ketirisan itu amat penting untuk kita kurangkan. Selama ini setiap projek kontraktor yang ingin mengambil bahagian dalam perolehan kerajaan sering tanya berapa bajet kerajaan. kenapa perlu ditanya? kira la sendiri dan beri harg...

Penang Free Wifi...mana pi dah?

Image
Pada tahun 2008 setelah pertama kalinya gabungan Barisan Nasional kalah dalam pilihanraya umum pada tahun itu iaitu pilihanraya kali ke 12. Mulalah pemerintahan baru di Pulau Pinang dengan diketuai oleh DAP yang mendapat 19 kerusi dewan undangan negeri (DUN) dengan PKR sebanyak 9 kerusi dan PAS dengan 1 kerusi di tempat pasti menang mereka di DUN Permatang Pasir. Dengan gabungan campuran Pulau Pinang diperintah oleh DAP buat pertama kali sejak dari tahun 1995 yang mana DAP pada masa itu hanya memenangi 1 kerusi sahaja. Untuk makluman pada ketika itu hanya ada 40 kerusi DUN di negeri Pulau Pinang dan mulai 2014 mula ditambah atas kajian dan pecahan kawasan baru oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menjadikan sekarang sebnyak 44 kerusi DUN di Pulau Pinang. Yang ingin diketengahkan oleh komeng bukan kerusi dan sapa menang pilihanyara akan datang tapi tentang free wifi  yang diperkenalkan oleh DAP pada tahun 2008. DAP mencanang bahawa mereka adalah pemerintah pertama yang member...

Isnin Monday Blues

Image
Salam hari isnin. semua sedang menghadapi monday blues . Waaa...balik bercuti makan makan minum minum bersama family, hari ini semua jadi malas. Hari raya Malaysia akan tiba bila-bila masa. Masa ini semua ahli politik sedang mencari dana untuk berkempen. Kenapa perlu ada semua semua ini? Kenapa perlu ada mengepau (bahasa kasar)? Mengepau dalam diam kiranya tiada masalah buat masa sekarang. Tetapi mengepau bila orang kawasan atau sekeliling tahu amat bahaya. Inilah ketirisan yang perlu kita tolak. Tolak pemimpin yang banyak tirisnya. Kalau tidak ditolak akan bertambah tirisnya bila dia menjadi wakil kepada kita. Sejarah mengajar kita. Apa yang berlaku sekarang ini adalah hasil dari peninggalan apa yang telah kita lakukan. Sejarah ini walaupun masih baru tetapi ia akan sentiasa diingati dan merupakan salah satu peristiwa yang berlaku dan perlu diambil tahu oleh generasi akan datang supaya menjadi pengajaran kepada kita. Masa inilah orang muda atau New Age Group perlu tampil bagi menjadi ...